Friday, July 3, 2009

4 Perkara Membuat Anda Dijangkiti Fikiran Negatif

(article from www.virtualfriends.net - http://virtualfriends.net/main/?UID=4065523C-1517-3750-16B5B644C2D3BA56&frame=1)

1. Elak bercakap pasal hal orang lain. Dah banyak kali saya ulang-ulangkan peringatan ini pada Anda sebab ia selalu berlaku di sekeliling kita. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka.

Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka, kerana perbuatan begitu melatih minda Anda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, Anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2. Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat Anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, Anda jadi orang pesimis.

3. Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika Anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ni sebenarnya menyusahkan diri Anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4. Menyimpan sakit hati, geram atau marah dalam diam. Perasaan sebegitu perlu dilepaskan. Jika tidak, minda Anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat Anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup Anda akan sentiasa bermasalah selagi Anda masih tak berubah!.


-> By : fins_airy

Saturday, May 16, 2009

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala & Keletihan

(BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)
(article from www.virtualfriends.net - http://virtualfriends.net/main/?UID=4C8625B5-EE6D-1A35-2F36B47A7918FAE8&frame=1)


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"c
old" .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).


Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

**By Emieslah
**

Friday, April 10, 2009

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincang Dengan Lelaki

ASSALAMUALAIKUM..


(article from www.virtualfriends.net - http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=4151)


Bukan sng nak bina hubungan yg bahagia.byk yg korang mest buat.termasuk dlm bende ni adalah soal apa yg harus dan tidak harus diciterkan kat pasangan korang.bende ni semua akan menyusahkan diri org jugak.:-x

Sila baca sendiri kat bawak ni:

1. Jgn cerite ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2. Membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3. Cerita ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4. Jgn jugak cerite ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi mereka
.
5. Jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagahannyer.buruk padanyer.

6. Jgn buat dier patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknyer cubela bantu.

7. Bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8. Kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan menyinggung
perasaan dier.

9. Bile jumper ngan teman lelaki lamer.takpayah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan
perasaan tu kat dier.bender tu bkn lamer.



!!!PIKIR DULU SEBELUM BUAT!!!

Friday, March 27, 2009

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur

3. Takbir-ratul Ihram
Sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur

5. Ruqu'
Sebagai tikar kita didalam kubur

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika
didalam kubur

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titisan SIRATUL-MUSTAQIM

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar

10. Tahhiyat Akhir
Sebagau penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh
Munkar & Nankir didalam kubur

11. Selawat Nabi
Sebagai pendiding api neraka didalm kubur

12. Salam
Memelihara kita didalam kubur

13. Tertib
Akan pertemukan kite dengan Allah S.W.T


Friday, January 23, 2009

Diet: Apa Jenis Darah Anda?

(article from www.virtualfriends.net)



Diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Diet berdasarkan golongan darah ini pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut dan hasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

• Cukup beristirehat


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
•Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak Snek: Jus anggur Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herb


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju Snek : Yogurt Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba Snek: Kek keju dan teh herba Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek : Sepotong kuih Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.